in

Fahmi lancar Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo

361670536 837282874428318 2642121736133097705 n
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil melakukan simbolik pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap (Home Internet) ALLO di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo yang menawarkan perkhidmatan internet kediaman pada harga rendah berbanding pasaran.

Fahmi dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, Allo Technology Sdn Bhd, anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), menawarkan perkhidmatan internet pada harga RM69 sebulan berkelajuan 100 Mbps tanpa had data, penjimatan RM30 sebulan berbanding pakej semasa ditawarkan Allo.

“Seperti yang pernah saya katakan dahulu, komitmen saya untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan internet yang baik tetap menjadi tumpuan utama.

“Untuk 3 peratus kawasan yang masih tidak mempunyai akses internet, saya akan usahakan pemasangan unit Starlink dan perkhidmatan internet lain.

“Manakala untuk kawasan yang telah mempunyai akses internet pula, saya ingin pastikan kualiti perkhidmatan yang lebih baik dan harga yang lebih mampu milik,” katanya.

Sementara itu, BH melaporkan, pakej itu khusus kepada golongan B40, warga emas, orang kurang upaya (OKU), veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), selain penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA).

“Dengan liputan Allo yang bertumpu kepada kawasan pinggir dan luar bandar iaitu di Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya, inisiatif ini mampu memberi impak yang besar dalam usaha merapatkan jurang digital,” kata Fahmi. – nasionalkini.my

10 Muharram dan amalan yang disaran

ptj04 12042023 ahmad akauntan 3263545 20230702115235

Kerajaan berhak untuk membuat pengumuman pada waktu bila pun – Ahmad Maslan