in

DSP Hasnal sentiasa kenang tragedi Simunul

IMG 20230731 125908 800 x 500 pixel
Setiap kali mendapatkan rawatan susulan untuk membetulkan saraf di bahagian tangan, Mohamad Hasnal pasti terkenang kembali peristiwa berdarah di Kampung Air Simunul, Lahad Datu, Sabah pada 10 tahun lepas - Gambar oleh Bernama

PUTRAJAYA, 31 Julai – Setiap kali mendapatkan rawatan susulan untuk membetulkan saraf di bahagian tangan, Deputi Superintendan Mohamad Hasnal Jamil, pasti terkenang kembali peristiwa berdarah di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada 10 tahun lepas.

Pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditugaskan menyertai Op Daulat, bagi memerangi pengganas Sulu pada Mac 2013 itu, mengalami kecacatan kekal dan parut di beberapa bahagian badan dalam tragedi berdarah terbabit.

Menceritakan kembali kejadian itu, Mohamad Hasnal berkata, tragedi tersebut hampir meragut nyawanya apabila tiga tembakan terkena bahagian perut dan lengan kirinya, selain ditetak di kepala dan tangan dengan kapak oleh musuh di Kampung Simunul, Semporna.

“Sehingga kini, saya masih mendapatkan rawatan susulan untuk membetulkan saraf di bahagian tangan yang tercedera dalam insiden itu, jadi ini tanda yang akan saya ingat seumur hidup… terasa seperti baharu berlaku semalam.

“Kejadian tersebut tidak melemahkan semangat untuk terus berbakti, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan rakan-rakan yang terkorban dalam kejadian itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Pahlawan Negara di sini hari ini.

Menyifatkan insiden tersebut antara cabaran dalam tugasan, pegawai Cawangan Khas Bukit Aman berusia 41 tahun yang berasal dari Kedah itu berkata kecacatan tersebut tidak mengganggu tugasan hakiki beliau untuk terus berkhidmat dalam pasukan berseragam biru itu.

Pada Feb 2013, Malaysia dikejutkan dengan pencerobohan pengganas bersenjata Sulu yang memasuki perairan negara secara berperingkat di FELDA Sahabat, Lahad Datu, yang membawa kepada pertempuran pada 1 Mac di Kampung Tanduo dan Kampung Simunul yang turut mengorbankan 68 pengganas Sulu.

Konflik itu diisytiharkan tamat pada 10 April 2013.

Enam anggota polis yang terkorban dalam kejadian berdarah di Kampung Simunul yang berlaku pada 2 Mac 2013 itu adalah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar; Deputi Superintendan Michael Padel, Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sarjan Mejar Abdul Aziz Sarikon, Sarjan Salam Togiran dan Koperal Mohd Azrul Tukiran.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara di sini.- nasionalkini.my

IMG 20230731 105624 800 x 500 pixel

Set sup tulang dari Sungai Karang Darat

IMG 20230731 131252 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri sebak tonton pantomim Op Daulat