in

Set sup tulang dari Sungai Karang Darat

Muhammad Ridhuan atau Abang Wan menunjukkan menu disediakan di kedai miliknya

MEMULAKAN operasi sejak kira-kira lima tahun lalu, kedai Abg Wan Corner di Kampung Sungai Karang Darat, dekat Beserah, Kuantan memang dikenali dengan set sup tulangnya.

Dimiliki Muhammad Ridhuan Suaid, kedai itu juga menyediakan pelbagai lagi menu masakan panas lain.

Set sup tulang menjadi pilihan pelanggan Abg Wan Corner

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Abang Wan, dibantu isterinya, Nursapiah Abdullah selain beberapa lagi pekerja.

“Set sup tulang memang menjadi pilihan utama pelanggan yang datang ke sini.

“Kebanyakan pelanggan kami adalah penduduk sekitar Beserah dan pelancong yang menggunakan laluan ini, laluan menghala ke kawasan perindustrian Gebeng dan Cherating,” katanya ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.

Muhammad Ridhuan dibantu isterinya, Nursapiah menyediakan masakan dipesan pelanggan

Abang Wan bukan calang-calang kerana dia ada pengalaman bekerja di beberapa hotel terkenal di bandar raya Kuantan, sebelum mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri.

Kedai itu juga menyediakan menu menarik seperti nasi goreng kambing bakar dan nasi goreng chicken chop serta pelbagai menu Western.

“Semua menu ditawarkan kepada pelanggan dengan harga sangat berpatutan dan berbaloi.

“Lagipun kos bahan mentah agak tinggi sekarang, jadi kami cuba kekalkan harga demi menjaga pelanggan di samping memastikan kedai ini dapat terus beroperasi,” katanya lagi.

Nasi goreng chicken chop turut disediakan di Abg Wan Corner

Abg Wan Corner yang terletak di Taman Kristal, Kampung Sungai Karang Darat, Beserah, dibuka bermula jam 3.30 petang hingga jam 12.30 tengah malam.

Mereka tidak beroperasi pada hari Sabtu.- nasionalkini.my

Asrama tahfiz terbakar, pelajar selamat

DSP Hasnal sentiasa kenang tragedi Simunul