in

Berkorban demi negara walau terpaksa tinggalkan anak OKU

IMG 20230731 WA0024
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada Yusof Hussain

Oleh Aimy Maisarah

KOTA BHARU, 31 Julai – Pengorbanan pesara polis, Sarjan Mejar Yusof Hussain, 80, kepada negara dan keluarga sukar digambarkan apabila terpaksa berdepan komunis di hutan dan pada masa sama memikirkan dua anak orang kurang upaya (OKU) di rumah.

Tugas terhadap negara bagaimanapun harus diteruskan dan dia sentiasa berdoa semoga isteri, Aishah Ali, 75, dapat menjaga lapan anak mereka dengan baik.

Menurut Yusof, pengalaman bertugas bersama Batalion 11, Pasukan Gerakan Am memang mencabar kerana ketika itu berlakunya Konfrontasi Indonesia-Malaysia.

“Saya bertugas selama 15 tahun dalam pasukan itu dan paling mencabar apabila ada pemberontak bersenjata di dalam hutan,” katanya.

Menurutnya, ketika operasi selama tiga bulan di Tanjung Karang, Selangor pada tahun 1965, mereka dimaklumkan terdapat banyak bom di kawasan berkenaan.

Yusof yang baru dua tahun berkhidmat sebagai polis menggunakan pengalamannya untuk menjejaki penjenayah berkenaan.

“Ketika itu kami diberi ganjaran RM500 untuk menangkap penjenayah dan akhirnya kami berjaya, mereka ini dipanggil komando Ganyang Malaysia dari Indonesia,” katanya.

Pasukan Yusof turut berdepan masalah terputus bekalan makanan kira-kira seminggu ketika menjalankan operasi itu.

Yusof yang bersara 23 tahun lalu dengan pangkat terakhir sebagai Sarjan Mejar kini menderita kencing manis, masalah saraf dan sakit buah pinggang tahap empat.

“Saya bersyukur anak sulung, Zainura, 56, seorang guru berkorban memohon bersara awal untuk menjaga dua adiknyayang OKU yang berumur 49 dan 52 tahun,” katanya.

Selama 37 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Yusof tidak menggalakkan anak-anak untuk memilih bidang itu.

Pengorbanan dan keberanian Yusof melayakkannya menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara yang disampaikan
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun di kediaman Yusof di Kampung Tanjong Mas di sini, baru-baru ini. – nasionalkini.my

IMG 20230731 131252 800 x 500 pixel

Agong, Permaisuri sebak tonton pantomim Op Daulat

Mohd Yusri Hassan 1690784249

Polis tahan empat individu ditahan, rampas syabu bernilai RM2.5 juta