in

4 sahabat karib cedera parah kereta terputus dua di Setiu

langgar setiu

Oleh Adnan Mohamad

SETIU 28 April – Empat sahabat karib cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terputus dua selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Kampung Saujana, di sini, kira-kira 9.45 pagi, semalam.

Mereka ialah Muhammad Syamil Khairul Ihsan, 20, berasal Bukit Guntong, Manir, Kuala Terengganu, Syed Muhammad Fitri Syed Ahmad Yani, 20, dari Kampung Tok Ku, Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Muhammad Izat Abdul Rahim, 20, dari Kampung Batu Enam, Chendering, Kuala Terengganu dan Hafiz Azizi Harun, 20, dari Kampung Bukit Kenak, Besut.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 4.47.01 AM
Kereta Honda Civic yang dinaiki empat sahabat terputus dua selepas terbabit kemalangan di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu pagi semalam. Foto : PDRM Setiu

Manakala tiga penumpang satu keluarga di kenderaan lain iaitu kereta Proton Persona masing-masing mendapat cedera ialah Mohd Redzuan Aisha, 47,Saliha Hasan, 39, dan Nurul Fatihah Mohd Redzuan, 6,.

Kesemua mereka berasal dari Pasir Putih, Kelantan dan dalam perjalanan menuju ke Merang, Setiu.

Sebelum kejadian, keempat sahabat itu menaiki kereta Honda Civic dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 4.48.15 AM
Kereta yang dinaiki empat mangsa terbabit dipercayai hilang kawalan

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata sebaik tiba di lokasi kemalangan, kereta yang dinaiki empat mangsa terbabit dipandu oleh Muhammad Syamil dipercayai hilang kawalan.

Katanya, selepas hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

afendi
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin

“Akibat perlanggaran itu, kereta Honda Civic terputus dua dan mangsa yang berada dalam kenderaan tersebut tercampak keluar.

“Kesemua empat remaja termasuk tiga beranak itu dihantar ke Hospital Setiu untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 4.44.08 AM
Kereta Honda Civic yang dinaiki empat sahabat terputus dua selepas terbabit kemalangan di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu pagi semalam.

Afandi berkata, Muhammad Syamil mengalami patah peha sebelah kiri manakala tiga rakannya masing-masing mendapat kecederaan di bahagian kepala.

Justeru, beliau turut menasihatkan para pemandu di jalan raya supaya berhati-hati di jalan raya yang lurus selain perlu mematuhi peraturan termasuk memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 28 at 4.48.15 AM 1
4 sahabat karib cedera parah kereta terputus dua di Setiu 7

dosh

Indeks Harga Pengeluar terus menguncup pada Mac 2023 : DOSM

WhatsApp Image 2023 04 28 at 8.02.24 AM

Moody’s, S&P beri penarafan A3, A- terhadap Khazanah