in ,

10 kontena simpan aerosol terbakar

97bfd21c c7be 4cb2 892a 8e6e22fed2e9
PASUKAN penyelamat dari sembilan BBP berkejar ke Northport susulan kebakaran 10 kontena terbakar dalam satu kejadian di Pelabuhan Klang, di Klang, Selangor, hari ini.

KLANG, 7 Jun – Sebanyak 10 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara di Pelabuhan Klang, di sini, pagi tadi.

Utusan melaporkan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 10.27 pagi sebelum mengerahkan pasukan dari sembilan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke tempat kejadian.

“Kontena berkeluasan 10 x 40 kaki persegi dan 20 x 10 kaki persegi terbakar dan anggaran kemusnahan 80 peratus. Firebreak sedang dilakukan di lokas menggunakan kaedah pemadaman dan pengasinan kontena yang belum terbakar menggunakan stacker dan kren jenis RTG.

“Kejadian tidak melibatkan mangsa dan kebakaran berjaya di kawal pada pukul 11.40 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, BBP yang terlibat dalam operasi itu adalah Pelabuhan Klang, Andalas, Sungai Pinang, Kota Raja, Kota Anggerik, Shah Alam, Petaling Jaya, Cyberjaya dan Serdang. – nasionalkini.my

download

Bentong catat suhu panas tahap satu

WhatsApp Image 2023 06 07 at 1.54.10 PM

Cemar sisa kimia di Sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000