in

Gangguan air berskala besar di Selangor

air 3

Oleh Ahmad Abd Hamid

WARGA Selangor, khususnya yang tinggal di kawasan Shah Alam, Klang dan Kuala Selangor, bersedialah menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar mulai Isnin 22 Mei hingga Rabu 24 Mei.

Gangguan air ini melibatkan 99 kawasan di ketiga-tiga lokasi berkenaan berikutan Pengurusan Air Selangor Berhad (Air Selangor) melaksanakan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Puncak Alam, Kuala Selangor.

Air Selangor dalam kenyataan maklumannya memberitahu, kerja pembaikan tersebut yang akan dijalankan pada 22 Mei mulai pukul 9 pagi melibatkan paip saluran utama berukuran 2,200 milimiter diameter. Pembaikan ini melibatkan kawasan agihan yang besar.

air 1
Gambar hiasan

Kerja pembaikan ini dijangka siap pada pukul 3 pagi 23 Mei. Bagaimana pun ini tidak bermakna bekalan air akan pulih ke seluruh kawasan terlibat secara serentak. 

Sebaliknya, menurut Air Selangor, pengguna akan mendapat bekalan secara berperingkat sehinggalah bekalan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 9 malam 24 Mei (Rabu).

Sekalipun kerja pembaikan dijangka bermula pada 22 Mei, Air Selangor akan memantau dengan teliti tahap kebocoran paip terlibat. Sekiranya tahap kerosakan dirasakan kritikal, kerja pembaikan akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang dimaklumkan.

air 2
Seorang penduduk di Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor membeli bekas simpanan air di sebuah kedai sebagai persediaan menghadapi gangguan bekalan air . foto: Utusan Malaysia

Kawasan paling banyak terjejas meliputi Klang, melibatkan kawasan bandar Klang dan seluruh taman di Bandar Di-Raja itu, malah sehingga ke Kawasan Perindustrian Pulau Indah, Pelabuhan Utara, Sementa, Meru, Kapar dan Pulau Ketam.

Di Shah Alam antara terlibat termasuk Felda Bukit Cerakah, Alam Budiman dan Alam Perdana.  Di Kuala Selangor kawasan terlibat ialah Bukit Kerayong dan Eco World. Untuk maklumat terperinci kawasan terjejas boleh rujuk laman rasmi Air Selangor.

Kepada penduduk di kawasan terlibat, ayuh jangan tunggu. Mulalah menyimpan air dari sekarang sehingga dipastikan bekalan telah benar-benar pulih sepenuhnya. Jangan bertangguh.

Ini merupakan langkah berjaga-jaga kerana seperti dimaklumkan oleh Air Selangor, kerja pembaikan mungkin bermula lebih awal jika kerosakan serius. Ini juga bermakna kemungkinan kerja pembaikan lewat dari jadual yang dijangka. – nasionalkini.my

347566962 613376947384351 3672835467115961981 n

Jangan putar belit kenyataan saya sebagai isu politik – Sultan Johor

mais

Kalimah Allah: MAIS terkilan kerajaan yang tidak berunding dengan pihak tertentu