SEJAK kecil lagi, Fathiah Khadeeja Fazrul sangat menyukai haiwan peliharaan.
Dia yang lebih mesra dipanggil Deeja kini berusia lapan tahun.
Dilahirkan pada 3 Jun 2015, anak pasangan Fazrul Shamsuddin dan Rohaina Edin juga seorang yang aktif.
“Kalau boleh dia nak buka klinik haiwan satu hari nanti,” kata Rohaina ketika ditemui wakil nasionalkini.my baru-baru ini.
Selain membuka klinik haiwan, dia juga mahu klinik itu beroperasi hingga lewat malam.
“Mana tahu kalau ada haiwan sakit waktu malam, boleh datang ke klinik itu nanti,” kata Deeja.
Deeja juga sering meluangkan masa melakukan aktiviti berbasikal bersama rakannya pada waktu petang.
Selain berbasikal, Deeja juga suka aktiviti lasak seperti ‘roller blade’ dan luncur ais.
“Saya juga suka berjalan-jalan ke zoo untuk melihat haiwan.
“Kalau tidak ada benda nak buat, saya akan layan kartun dan main ‘game’ Roblox dengan abang atau kakak,” katanya lagi.
Abangnya berusia 21 tahun, manakala kakaknya pula berusia 18 tahun.
Fazrul memaklumkan anak bongsunya itu juga seorang yang mudah mesra dan suka membantu orang.
“Saya harap dia boleh mencapai cita-citanya itu dan membantu haiwan peliharaan yang sakit bila besar nanti,” katanya.- nasionalkini.my