KUALA LUMPUR, 24 Mei – Bergurau itu tidak salah, tetapi kalau mempersendakan fizikal itu kadang-kala melampau dan ia mampu melukakan dan mengguriskan hati orang sekeliling.
Apatah lagi ia berlaku dalam majlis yang besar-besaran dan berlaku di depan orang ramai yang melibatkan saudara mara terdekat.
Itu yang berlaku kepada pemilik akaun tiktok @farhananzm, apabila saat indah menjadi tunangan orang menjadi mimpi ngeri buatnya apabila wanita yang mesra disapa dengan panggilan Nana ini mendakwa ada seorang makcik yang bermulut ‘puaka’ mengatakan “bukan boleh sarung pun” kerana memikirkan bentuk fizikalnya.
Bak kata pepatah ‘Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya’. – kejadian itu berlaku apabila bakal mak mertuanya ingin menyarungkan cincin tunangan di jarinya sebagai tanda ikatan bahawa dia kini sudah menjadi tunangan dan milik orang.
Bagaimanapun, bakal ibu mertuanya penuh sopan dan dilihat sangat baik dengan membela bakal menantunya itu dengan hanya menjawab ‘boleh’ sambil menunjukkan cincin itu sudah dimasukkan ke jari manisnya sebelum Nana bersalaman dengan bakal ibu mertuanya itu.
Ibarat ‘mertua dari syurga’ antara keadaan dapat digambarkan ketika itu selain perasaan lega yang mampu diungkapkan Nana ketika itu memandangkan bakal mak mertuanya membelanya dan tidak menjatuhkan maruahnya di depan orang ramai di majlis yang indah itu.
Video berdurasi sembilan saat yang dimuat naik menerusi plaform tiktok itu ketika artikel ini ditulis telah ditonton lebih 480,000 kali dengan 641 komen serta 53,000 tanda suka.
Dalam pada itu, rata-rata yang menonton video berkenaan mengecam tindakan biadap ‘mak cik’ berkenaan yang dilihat melampaui batas dan keterlaluan.
“Jangan bagi mak cik itu kad”
“Ehhh makcik tu kang!!!! Lelebihhhhh”
“Eeee geram nya. Jangan dijemput nanti dekat majlis sanding.”
“jangan jemputtttt makcik tu! jangan jangan. nanti you lagi sedih. this is yourrrr day. 😭”
Malah, ada juga yang turut memuji keprihatinan bakal mak mertuanya yang dilihat baik dan tidak menjatuhkan maruah selain turut dilabel sebagai mak mertua ‘limited edition’.
“looking at your mil saying boleh tu dah tau dah she’s a good person, lembut je”
“pandai mak mertua jaga air muka menantu. congratulations 🎉”
“Mak mertua LIMITED EDITION 🥰” – nasionalkini.my