in

40 kucing terbiar di Selera Sena, Kangar  dihantar ke Bustana Kucing

kucing
Sebahagian kucing yang dikutip pada Operasi Bersepadu Menyelamat Kucing Terbiar di Medan Selera Sena di Pasar Besar Sena Kangar.

KANGAR, 6 Julai – Kira-kira 40 ekor kucing terbiar berjaya diselamatkan oleh anggota penguatkuasa dan sukarelawan pada Operasi Bersepadu Menyelamat Kucing Terbiar di Medan Selera Sena di Pasar Besar Sena Kangar, semalam.

Operasi yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) itu  mendapat kerjasama Bustana Kucing dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perlis itu dilakukan selepas menerima aduan orang awam.

Koordinator Bustana Kucing, Mohd Taufik Md Zain berkata, kira-kira 40 kucing telah dikutip pada operasi berkenaan yang mengambil masa tidak sampai sejam.

Semasa dikutip ini kita letakkan mereka di sangkar berasingan iaitu jantan, betina, anak dan ibu mengandung,” katanya.

Kucing-kucing berkenaan akan dihantar  Bustana Kucing yang terletak di Taman Ular dan Reptilia di Sungai Batu Pahat. 

Apabila sampai di sana kesemua kucing berkenaaan perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu.

“Kita akan asingkan mengikut jantina, jika ada kutu kita akan bersihkan dahulu, mana sakit di letakkan di wad berkaitan dan yang sihat akan dibiarkan bebas untuk belajar menyesuaikan diri di Bustana,” katanya.

Katanya, Bustana juga turut menempatkan  sebuah klinik yang mengandungi empat wad iaitu ibu dan anak, sapphoro, ICU dan sakit umum.

Setakat ini katanya Bustana yang dibuka lapan tahun lalu itu kini menempatkan 2,200 ekor kucing di dalam satu sangkar besar yang dikendalikan oleh 30 kakitangan tetap. – nasionalkini.my

polis

PDRM utamakan kenaikan gaji pegawai rendah polis

Bekas pemain bola sepak suspek kes pecah rumah