in ,

PRN: PAS Selangor akan letak calon integriti, kompeten dan bebas rasuah

Dr Ahmad Yunus Hairi bernama 672x420 1

KUALA LUMPUR 16 April – PAS Selangor akan meletakkan individu yang  berintegriti, kompeten serta bebas rasuah sebagai calon pilihan terbaik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN),nanti.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, saringan  calon berkenaan selari dengan  titah peringatan Sultan Selangor yang menasihati rakyat supaya membuat  pemilihan pemimpin yang amanah, bertanggungjawab selain tidak mengamalkan rasuah.

“PAS Selangor memandang serius nasihat bijaksana Tuanku ini yang mencerminkan hasrat Tuanku agar rakyat tidak tersalah pilih dalam PRN kelak.

“PAS Selangor memberi komitmen akan membariskan calon-calon yang berintegriti, kompeten dan bebas rasuah sebagai pilihan terbaik buat rakyat Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

sultan sel
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman. Foto Sinar Harian

Kelmarin,  Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada Majlis Perasmian Masjid Al-Ma’arufiah, Kampung Parit Baru, Sungai Air Tawar menyentuh isu penyatuan dan perpaduan ummah khusus dikalangan umat Melayu Islam di negeri ini.

Baginda pada masa sama menzahirkan kebimbangan sekiranya perpecahan dalam kalangan orang Melayu akibat perbezaan fahaman politik akan membuatkan umat Islam terus lemah di negara ini.

Justeru, baginda turut mengingatkan semua pihak agar berhemah semasa berkempen dalam PRN nanti dan mematuhi segala undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Yunus menjelaskan, demi menjunjung kedaulatan undang-undang serta menghormati proses demokrasi PAS berikrar mengamalkan budaya politik yang matang.

pas selangor 1
PAS Selangor akan meletakkan individu yang  berintegriti, kompeten serta bebas rasuah sebagai calon pilihan terbaik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN),nanti Foto:Malaysiadateline.com

Beliau juga juga menyeru agar pihak lain turut mematuhi peringatan Tuanku tersebut.

“PAS  Selangor akur dan turut berkongsi kebimbangan Tuanku itu dengan menyeru orang-orang Melayu supaya memberi sokongan ke atas usaha menyatupadukan ummah demi membina kekuatan politik umat Melayu dalam negara.

“Hanya dengan cara ini kuasa memerintah akan kekal di tangan mereka dan tidak jatuh ke pihak lain,” katanya. – NasionalKini

hm248kabel 1681612484

Padah mencuri kabel telekomunikasi, 4 lelaki ditahan

noh omar bernama

UMNO semakin lemah bukan lagi payung lindungi perjuangan orang Melayu