KUALA LUMPUR – Komplot untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan tidak akan berjaya walaupun pihak yang terbabit mengakui mempunyai akaun bersumpah (SD) yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.
Memetik laporan Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau melahirkan keyakinan Kerajaan Perpaduan akan kekal sehingga habis penggal walaupun ada cubaan untuk menjatuhkannya.
“Sekiranya Perikatan Nasional (PN) mempunyai majoriti yang mencukupi, gabungan itu boleh membawanya ke sidang Dewan Rakyat akan datang.
“Kalau dia ada (majoriti mencukupi), tunggu masa Parlimen. Usul (tentang mempunyai majoriti itu) di Parlimen, tidak ada masalah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-75 dan Perasmian Ibu Pejabat Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa wujudnya SD yang mencukupi bagi membolehkan PN membentuk kerajaan.
Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Tambun turut menyindir dakwaan yang dibuat itu sambil menyatakan perkara itu sebagai ‘mengigau mingguan’. – nasionalkini.my