in

Berjasa nafi orang Melayu tidak hormati kaum minoriti

2152792

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan orang Melayu supaya tidak angkuh sehingga meminggirkan kumpulan minoriti adalah tidak benar sama sekali.

Naib Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Abdul Samad Ashaari berkata, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar daripada pemimpin utama negara kerana boleh menyinggung perasaan orang Melayu.

Menurutnya, kenyataan itu juga seolah-olah menunjukkan orang Melayu di negara ini tidak menghormati kaum lain dengan baik sedangkan sejak merdeka orang Melayu merupakan bangsa yang amat bertoleransi dalam menerima kepelbagaian bangsa, budaya dan agama.

“Kontrak sosial merupakan bukti keterbukaan dan pengorbanan orang Melayu menerima bangsa lain dan sama-sama hidup dengan harmoni dalam negara ini.

“Bukan sekadar berkongsi untuk menerima kepelbagaian kaum dalam negara ini malah orang Melayu juga rela memberi puluhan ribu ekar tanah kepada bangsa lain ketika itu.

“Kita harus menerima hakikat dengan toleransi orang Melayu yang tinggi inilah sebagai faktor utama keamanan negara dapat dicapai sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang mengingatkan orang Melayu supaya tidak terlalu selesa dan angkuh dengan menganggap kelompok minoriti lain tidak boleh diraikan untuk hidup bersama dalam sebuah negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, merujuk kepada laporan terbaharu Forbes Billionaires List yang dikongsikan oleh The Edge pada Rabu, daripada 15 orang terkaya di Malaysia hanya seorang Melayu yang tersenarai berbanding bangsa lain.

Sumber Berita: Sinar Harian

2152885

‘Saya tetap hadir LIMA’23 dan bawa teropong’ – Sanusi

2152337

UMNO Kuala Krai, Jeli dan Tumpat jalani pemilihan semula