in ,

Amanah hanya kawan politik bukan sahabat perjuangan – Puad Zarkashi

amanah

Oleh: Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR, 30 April – UMNO melihat Parti Amanah Negara (Amanah) hanya layak menjadi kawan politik dan bukan sahabat perjuangan.

Ini susulan daripada kenyataan Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad yang menggesa, Yang di-Pertuan Agong tidak memberi pengampunan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, tindakan itu juga tidak memberi jaminan kepada pengekalan kepada Kerajaan Perpaduan.

ezgif.com webp to jpg 8
Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, tindakan itu juga tidak memberi jaminan kepada pengekalan kepada Kerajaan Perpaduan

“UMNO memohon secara tertib. Masalahnya PAN (Amanah) kerana mendesak YDP Agong menolak pengampunan Najib. UMNO hanya menyokong sahaja.

“Sebab itu memang susah bersahabat dengan PAN. Hanya boleh jadi kawan. Kawan yang tidak beri jaminan Kerajaan Perpaduan boleh kekal. Kawan makan kawan,” dakwanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

ezgif.com webp to jpg 9
Khalid Samad sebelum ini berpandangan, pengampunan Najib hanya menghantar mesej tidak baik kepada rakyat

Sebelum ini, Khalid berpandangan, pengampunan Najib akan menghantar mesej tidak baik kepada rakyat, sistem keadilan negara dan juga seluruh dunia berhubung sikap serta pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Susulan daripada itu, UMNO Kelantan mempertimbang memutuskan kerjasama dengan Amanah negeri jika Khalid tidak menarik balik kenyataannya berhubung bantahan terhadap permohonan pengampunan Najib.

Khalid kemudian menegaskan, tiada keperluan untuk Amanah menarik balik mahupun mengemukakan permohonan maaf berhubung kenyataannya yang menggesa Yang di-Pertuan Agong tidak memberikan pengampunan kepada Najib.

ezgif.com webp to jpg 11
Mohamad Sabu berpandangan, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan

Hari ini, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, kenyataan Khalid adalah pandangan individu dan tidak mewakili organisasi serta parti.

Katanya, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memberikan pandangan sebagaimana hak yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan.- nasionalkini.my

kena tahan

Kena Tahan Sebab ‘Sayang Awok’

ezgif.com webp to jpg 12

Pemuda UMNO saran tambah peruntukan institusi pendidikan agama