in

Masalah capaian  Internet lemah di IPTA telah dikenal pasti – KPT

khaled nordin
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara berkenaan dalam pengetahuan dan sedang berusaha untuk menangani masalah berkenaan dengan segera.

SEREMBAN, 10 Julai –  Beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berdepan masalah capaian Internet yang lemah telah dikenal pasti dan akan ditangani segera.

Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,  perkara berkenaan dalam pengetahuan pihak dan sedang berusaha untuk menangani masalah berkenaan.

“Memang tidak dinafikan ada masalah Internet di beberapa universiti dan asrama pelajar dan kita telah kemukakan kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi kemudahan Internet dalam setiap IPTA.

“Di sesetengah tempat didapati ada gangguan Internet dan kita telah kenal pasti kawasan terbabit dan keperluan mengenainya juga telah dikemukakan kepada pihak kerajaan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Peringkat Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa KPT berhasrat untuk memperkasakan Kolej Komuniti sebagai tempat bagi anggota masyarakat menimba ilmu dan kemahiran bagi meningkatkan pencapaian ekonomi.

“Matlamat kita ingin terus perluaskan fungsi Kolej Komuniti sebagai pusat yang memberikan pendedahan serta kelayakan awal kepada mereka yang sebelum ini tidak mempunyai apa-apa langsung kelayakan atau latihan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 07 10 at 8.13.29 PM

Konstabel parah ditikam di rusuk ketika operasi dadah

IMG 20230710 220724 800 x 500 pixel

Menu terbaik, harga menarik di Planetnco