SELAIN lokasi menarik untuk berehat, pantai Teluk Chempedak, Kuantan juga menawarkan pelbagai makanan untuk pengunjung.
Walaupun lebih dikenali sebagai destinasi untuk berehat, Teluk Chempedak juga boleh dijadikan antara tempat yang boleh dimasukkan dalam senarai untuk menjamu selera.
Jika berkunjung ke sini, jangan lupa untuk mencuba pelbagai menu disediakan kedai Rasa Bay Teluk Chempedak.
Diusahakan Norhusabiela Mat Hussin sejak tiga tahun lalu, kedai itu memulakan operasi seawal jam 8 pagi.
“Untuk sarapan kami sediakan nasi lemak dan mee kari, semuanya resepi dari rumah untuk pelanggan,” katanya kepada wakil nasionalkini.my baru-baru ini.
Norhusabiela adalah lulusan dalam bidang kejururawatan dan pernah bekerja sebagai jururawat.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga kedai makan dan mendapat sokongan penuh ayahnya, Mat Hussin Abd Jalil, seorang pesara yang sangat terkenal dalam sektor pelancongan di Pahang.
Norhusabiela berkata, kedai itu turut menyediakan masakan panas dan menu Western untuk memenuhi permintaan pelanggan.
“Biasanya masakan panas dan menu Western kita sediakan sebelah petang.
“Kedai ini dibuka dari pagi hingga jam 12 tengah malam,” katanya lagi.
Dia memaklumkan Rasa Bay Teluk Chempedak ditutup pada hari Isnin.
Selain menjamu selera di situ, pelanggan atau orang ramai juga boleh membuat tempahan makanan untuk majlis keraian.
Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan keistimewaan menu ditawarkan Rasa Bay Teluk Chempedak boleh menghantar WhatsApp ke talian 017-9868105.
Rasa Bay Teluk Chempedak juga mempunyai laman sosial Instagram bagi memudahkan orang ramai melihat sendiri apa yang disediakan di situ.- nasionalkini.my