in ,

Mid Valley City ditutup sementara akibat insiden kebakaran

WhatsApp Image 2023 05 17 at 2.07.59 PM
Kebakaran berlaku di pencawang luar TNB, Mid Valley City. - Gambar : dari laman web Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR 17 Mei – Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak berikutan insiden kebakaran pagi ini.

Dalam makluman di Bursa Malaysia, IGB Bhd. berkata, pihaknya mengambil keputusan itu bagi mengutamakan keselamatan pengunjung ke pusat beli-belah itu.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan tetamu kami tetap menjadi keutamaan,” katanya.

Menurutnya lagi, pengurusan Mid Valley turut mengesahkan kebakaran yang berlaku di premisnya itu.

Ia berkata, kebakaran berlaku di pencawang luar TNB, Mid Valley City, dan kemudiannya dikawal oleh Pasukan Tindakan Kecemasan.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di tempat kejadian pada pukul 10.42 pagi untuk memadamkan kebakaran.

Setakat 12.29 tengah hari, pihak pengurusan mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini berada di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal premis itu tanpa gangguan lagi terhadap operasi pusat membeli-belah.

Setakat 12.30 tengah hari, harga saham IGB susut 1 peratus atau 3 sen kepada RM2.97 sesaham dengan 14,900 saham diniagakan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 17 at 2.53.53 PM

Sindiket seludup rokok RM3 juta tumpas

347566962 613376947384351 3672835467115961981 n

Jangan putar belit kenyataan saya sebagai isu politik – Sultan Johor