in

Tuntutan palsu: Lima penjawat awam Sabah ditahan SPRM

sprm
kesemua suspek disyaki mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan untuk pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan berkenaan tidak pernah dilakukan.

KOTA KINABALU, 17 Julai – Lima penjawat termasuk seorang wanita ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan membabitkan beberapa daerah di negeri ini, berjumlah kira-kira RM61,000.

Mereka disyaki mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan untuk pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan berkenaan tidak pernah dilakukan.

Kesemua lima suspek dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun itu dipercayai ditahan antara jam 10 pagi hingga 12.30 tengah hari ketika hadir ke pejabat SPRM Sabah, hari ini.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy berkata, kesemua disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Rasuah 2009

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi pula mengesahkan tangkapan berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Suspek kini  ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut, dan pihak kami tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat. – nasionalkini.my

AZ 1

80 peratus veteran ATM ceburi bidang usahawan

WhatsApp Image 2023 07 16 at 8.18.51 PM 1

Rizman Ruzaini mahu agih 200 tudung edisi khas kepada pelanggan terpilih sempena ulang tahun kedua RR Mono Scarves