in

Pengawal keselamatan cedera diserang 3 lelaki

logo polis 2 1651832730
Gambar hiasan

KOTA BHARU, 11 Mei – Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, cedera diserang sekumpulan lelaki dipercayai bersenjatakan parang dan kerambit, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5 petang apabila mangsa yang berusia 47 tahun sedang berada di pos pengawal dan didatangi tiga lelaki menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud, berkata sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa secara tiba-tiba.

“Mangsa cedera pada rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.

“Usaha mengesan dan menahan suspek yang terbabit sedang giat dijalankan bagi siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif serangan,” katanya dalam kenyataan, lapor BH.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan. – nasionalkini.my

20230511 092225

Putrajaya perlu ada hala tuju jelas berkaitan EV

FB IMG 1683773232717

Bekas DJ Suria FM meninggal dunia