in

Putrajaya perlu ada hala tuju jelas berkaitan EV

20230511 092225
Gambar hiasan

PETALING JAYA, 11 Mei – Pengedar kereta menggesa kerajaan menyediakan hala tuju jelas untuk kenderaan elektrik (EV) bagi meningkatkan keyakinan dalam industri dan mempercepatkan penggunaan teknologi itu.

G-Mart Group, yang anak syarikatnya EVCar.my mengimport dan menjual kenderaan elektrik di dalam negara, berkata Putrajaya memerlukan dasar jelas untuk membuka laluan bagi penggunaan EV di negara ini untuk 20 hingga 30 tahun akan datang.

Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Nicholas Dev Kaneson, berkata insentif semasa untuk EV, seperti pengecualian duti import dan eksais serta cukai jalan, dijangka tamat dalam tempoh beberapa tahun dan akan menyebabkan ketidaktentuan dalam kalangan pengguna.

“Apa akan berlaku jika inisiatif itu tidak diteruskan? Apa akan berlaku jika kerajaan berubah?

“Ketidakstabilan berada dalam fikiran orang ramai yang berfikir, ‘biar saya tunggu hingga keadaan lebih jelas dan stabil sedikit sebelum saya mengeluarkan wang’ (untuk membeli EV),” katanya kepada FMT.

Pelbagai insentif dan pengecualian cukai untuk EV disenaraikan dalam belanjawan persekutuan awal tahun ini berdasarkan matlamat terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya.

Pengecualian duti import dan eksais bagi unit siap dibina (CBU) EV yang diimport sepenuhnya dilanjutkan sehingga 31 Dis 2025.

Pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi EV pemasangan tempatan (CKD) dilanjutkan sehingga 31 Dis 2027, manakala tempoh pengecualian cukai import bagi komponen EV CKD turut dilanjutkan sehingga tempoh itu.

Kini, EV juga dikecualikan daripada cukai jalan sehingga 31 Dis 2025.

Putrajaya juga menyediakan pengecualian cukai pendapatan 100% dari tahun ini hingga 2032 kepada pengeluar peralatan pengecasan EV serta menawarkan elaun cukai pelaburan 100% kepada pengeluar berkenaan selama lima tahun.

Bagaimanapun, jualan EV kekal rendah kerana harga masih di tahap premium.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia, kira-kira 2,631 EV dijual di negara ini tahun lepas berbanding 720,658 kenderaan dilengkapi enjin pembakaran dalaman. EV termurah di Malaysia kini dijual berharga kira-kira RM140,000.

Nicholas berkata, jualan EV akan terus suram berbanding kenderaan petrol, selagi harga petrol serta diesel kekal murah, dan akibatnya, harga EV akan kekal terlalu tinggi.

“Kerajaan tidak mungkin menaikkan harga bahan api untuk meningkatkan jualan EV kerana langkah itu akan mencetuskan kekecohan dalam kalangan orang ramai daripada semua kumpulan pendapatan.

“Harga bahan api adalah topik sangat tidak menyenangkan. Jika ada orang menyentuh harga bahan api, ia akan menjejaskan bahagian paling bawah hinggalah paling atas (kumpulan pendapatan). Akan ada kesan domino, walaupun harga dinaikkan 10 atau 15 sen,” katanya.

Sebagai alternatif, katanya, kerajaan boleh mencontohi London dan memperkenalkan ‘zon pelepasan ultra rendah’ di pusat bandar Kuala Lumpur, menghalang kenderaan berkuasa petrol memasuki kawasan itu atau menanggung bayaran tinggi bagi meningkatkan penggunaan EV. – nasionalkini.my

20230511 090324

SPRM rakam keterangan Hamzah

logo polis 2 1651832730

Pengawal keselamatan cedera diserang 3 lelaki