in

Elak jadi mangsa scammer, beli kenderaan di premis bukan dalam talian

WhatsApp Image 2023 06 12 at 7.07.28 PM
Pengerusi Perniagaan Motor dan Kredit Pahang (FMC) Donald Chan berkata, syarikat yang berdaftar di bawah persatuan tidak menerima bayaran secara dalam talian

OLEH: AD Zafir

KUANTAN, 12 Jun – Mereka yang ingin membeli kereta terpakai digalakkan datang ke premis jualan kenderaan untuk menggelak menjadi mangsa penipuan terutama membabitkan urusan pembayaran deposit melalui secara dalam talian.

Pengerusi Perniagaan Motor dan Kredit Pahang (FMC) Donald Chan berkata, syarikat yang berdaftar di bawah persatuan tidak menerima bayaran secara dalam talian.

“Untuk mendapatkan kereta yang diinginkan, pembeli harus melihat kereta secara fizikal bukannya menerusi media sosial.

“Ketika ini, lebih 100 kes membabitkan pembayaran deposit secara dalam talian tetapi kereta yang diinginkan tidak dapat dengan mengggunakan nama syarikat yang berdaftar di bawah FMC.

“Ada yang membayar deposit antara RM500 hingga RM3,000 untuk memiliki kereta yang dikatakan menawarkan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran tetapi akhirnya menanggung kerugian selepas pembayaran dibuat,” katanya kepada pemberita dalam satu pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, bagi ahli FMC, Thomas Wong, tindakan scammer menggunakan nama syarikat dan gambar kereta yang dijual di media sosial, turut menyebabkan dia menerima puluhan panggilan telefon daripada pembeli yang terpedaya.

Jelasnya, perkara tersebut juga menyebabkan imej syarikatnya terjejas.

“Perkara tersebut tidak seharusnya berlaku memandangkan perniagaan yang dijalankan oleh ahli FMC, khususnya adalah mengikut undang-undang.

“Dalam kes ini, rata- rata bakal pembeli yang menghubungi saya telah kehilangan wang deposit namun tidak mendapat kereta yang ditawarkan,” katanya.

Tambahnya lagi, sehingga kini, syarikatnya sudah beberapa kali membuat laporan polis namun masih belum ada jalan penyelesian.

“April lalu, saya menerima sehingga 30 panggilan telefon daripada pembeli yang tertipu, termasuk kes yang mana pihak scammer juga ada mengeluarkan surat menunjukkan syarikat saya telah meluluskan pinjaman pembelian kereta mereka (pembeli),” katanya. -nasionalkinimy

WhatsApp Image 2023 06 12 at 7.24.46 PM 1

22 tahun menipu akhirnya makan diri

Segera rebut peluang dapatkan tiket konsert ‘Blues Untuk Rakyat’