in

Bunuh kerana tegur saiz payudara, 9 direman 7 hari

IMG 20230510 WA0026
Sebahagian daripada sembilan individu yang direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh pengurus sebuah syarikat yang mati ditikam dalam pergaduhan di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, Melaka awal pagi semalam

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 10 Mei – Sembilan individu termasuk sepasang kekasih direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh pengurus sebuah syarikat yang mati ditikam dalam pergaduhan di sini pagi semalam.

Perintah reman sehingga 16 Mei ini terhadap semua suspek berusia 20 hingga 38 tahun dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas dipohon polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Terdahulu semua suspek berpakaian lokap tiba pekarangan Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh pada pukul 9 pagi.

Pagi tadi, Nasionalkini melaporkan tindakan seorang pengurus sebuah syarikat bercakap mengenai saiz payudara dengan rakannya didakwa menjadi punca lelaki itu ditikam sehingga mati di sebuah gerai makan di Taman Kenanga, Tengkera, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa berusia 35 tahun mati ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Menurutnya sebelum kejadian, si mati bersama rakan-rakannya datang ke gerai berkenaan dalam keadaan mabuk untuk makan selepas selesai berhibur.

Selepas selesai makan, si mati ada bercakap kepada rakan-rakannya mengenai saiz payudara seorang pelanggan wanita berusia 26 tahun sebelum perbualan itu didengari oleh pengawal peribadi wanita itu dan menegur si mati.

Situasi kemudian menjadi tegang sehingga berlaku pergaduhan antara si mati, pengawal peribadi berusia 27 tahun dan teman lelaki kepada wanita terbabit berusia 36 tahun.

Susulan itu polis menahan tujuh suspek berusia antara 25 sehingga 38 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – nasionalkini.my

20230510 110325

Anwar hadir sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-42

IMG 20230510 WA0027

8 penyeludup lari tinggal rokok bernilai RM3.2 juta