in

Program Realiti ‘Family DUO’ dikutuk hebat nyanyi lagu raya

IMG 20230509 WA0002
Program realiti 'Family Duo' masih menerima kritikan walaupun sudah berakhir Februari lalu - Gambar dari TikTok

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Kita cukup tahu program realiti ‘Family Duo’ ditayangkan di TV3 yang menutup tirainya awal tahun ini cukup kontroversi, terutamanya selepas komen penyanyi Mas Idayu terhadap persembahan Naim Daniel dan Sissy Iman.

Begitu juga ketika pasangan adik-beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dipilih sebagai juara ‘Famili Duo’ musim kedua pada pertandingan akhir – awal Februari lalu.

Bagaimanapun, lain pula ceritanya kali ini apabila walaupun sudah melabuhkan tirai kira-kira tiga bulan lalu, namun kontroversi kembali tercetus membabitkan penyanyi yang mengambil bahagian dalam program itu.

Video dimuat naik di platform Twitter menerusi video di Tik Tok itu tular dengan rata-rata mempersoalkan kualiti penyanyi program realiti berkenaan.

Klip video itu memaparkan penyanyi program itu menyanyikan lagu ‘Warna-warni Aidilfitri’ sempena Hari Raya yang disiarkan menerusi televisyen tempatan itu.

Menurut @Mateennnn, hanya empat atau tiga orang sahaja berbakat untuk menyanyi dalam program itu dan boleh melantunkan suara yang lunak.

Manakala bagi @muhammadzakwans berkata, penyanyi Naim Daniel cuba mencipta kelainan dalam menyanyikan lagu itu, namun dikritik kerana tempo nyanyiannya ‘lari’.

Sementara itu, bagi @mangosqueez lagu yang dinyanyikan peserta nampak mudah namun susah untuk dibawakan.

Justeru beliau merasakan hebat untuk penyanyi lama menyanyikan lagu seperti itu.

Klip video itu – setakat artikel ini ditulis telah diulangkicau sebanyak 1,884 kali dengan lebih 500 tontotan dan 5,107 tanda suka. – nasionalkini.my

IMG 20230509 WA0001

Hartalega tutup kilang Bestari Jaya

20230509 093239

Minggu kraf London terima tetamu diraja