in

Hattan digesa mohon maaf secara terbuka – GKMM

maaf

Oleh: Iskandar Zulkarnain

KUALA LUMPUR, 29 April – Penyanyi, Datuk Hattan digesa membuat permohonan maaf secara terbuka susulan daripada respons balas tidak profesionalnya terhadap seorang penyampai berita, semalam.

syazwani 2
Penyampai berita Astro Awani, Nurul Syazwani Saiful Sham menganggap apa yang berlaku sebagai asam garam dalam kerjaya dalam dunia media

Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM), Mohamad Fauzi Ishak berkata, respons beliau juga dilihat menghina profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

Katanya, mengambil kira status sebagai individu terkenal, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shabudin, 59, wajar mengambil tanggungjawab terhadap reaksi balasnya.

“Sikap tidak hormat ditunjukkan Datuk Hattan itu, turut mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan pengamal media khususnya kumpulan wartawan-wartawan, selain dikritik secara terbuka orang ramai di media sosial.

KLC DATUKHATTAN001
Hattan digesa membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap tidak profesional serta respon balas berbaur hinaan beliau ketika ditemu bual secara langsung menerusia siaran Astro Awani

“Justeru, GKMM menggesa Datuk Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap tidak profesional serta respon balas berbaur hinaan beliau ketika ditemu bual penyampai berita berkenaan,” katanya.

Terdahulu, nama Hattan menjadi sebutan ramai selepas menempelak penyampai berita Astro Awani, Nurul Syazwani Saiful Sham kerana didakwa tidak membuat kajian sebelum bertanyakan soalan.

Hattan dihubungi oleh stesen televisyen berkenaan bagi mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan ‘makan dalam’.

Bagaimanapun, keadaan menjadi agak tegang apabila Hattan bertanyakan semula penyampai berita itu mengenai sejarah dan siapa yang menulis lirik lagu kumpulan itu.

Susulan kejadian itu, akaun media sosial Hattan diserang netizen yang tidak berpuas hati dengan respons balas yang diberikan beliau terhadap soalan penyampai berita berkenaan. – nasionalkiny.my

Untitled design 10

Rumah Terbuka Malaysia Madani redakan suhu politik negara : J-KOM

ezgif.com webp to jpg 5 1

UniSHAMS tawar peluang sambung belajar kepada pelajar terkesan konflik Sudan