LIKU-LIKU serta masalah rumah tangga tidak dapat dipisahkan sekiranya pasangan suami isteri tidak mempunyai sikap kesabaran.
Namun, jika sesuatu masalah itu berterusan suami pula tiada mencari jalan penyelesaian boleh mengakibatkan sikap sang isteri bersikap dingin yang membawa keruntuhan rumah tangga.
Perceraian pasangan suami isteri adalah jalan terakhir bagi menamatkan krisis rumah tangga tetapi apa yang terjadi terhadap seorang suami di Yunnan, China baru-baru ini agak berlainan dengan lelaki lain selepas bercerai dengan isterinya.
Dipetik dari portal Yan.vn pada 1 April 2023 lalu melaporkan kisah perceraian lelaki terbabit dengan isterinya telah menarik perhatian di negara itu.
Ini kerana setelah tiga tahun bercerai baharulah lelaki itu menyedari punca keruntuhan rumah tangga mereka dahulu adalah atas kesalahan dirinya sendiri bukan disebabkan isterinya dikatakan tidak pernah melakukan kesilapan kerana dia seorang wanita jujur dan bertanggungjawab pada suaminya.
Apa yang mengejutkan, lelaki terbabit berhasrat untuk rujuk semula kepada isterinya dan mantan isterinya bersetuju untuk bernikah mantan suaminya dengan beberapa syarat.

Tak sangka pula, syarat-syarat yang dikenakan oleh wanita itu termasuk suaminya seharusnya mengendong isterinya ke rumah ibu mertua melibatkan perjalanan sejauh kira-kira 100 meter.
Setelah bersetuju, lelaki itu sanggup mengedong mantan isterinya menempuh beberapa jalan raya sehingga ke rumah ibu mertuanya sebelum pernikahan mereka berlangsung.
Dalam video yang viral di media sosial kelihatan lelaki itu mengendong wanita itu yang diikat dengan seutas tali merah dipunggung lelaki itu agar tidak terjatuh dan setelah berjalan beberapa kilometer lelaki terpaksa berhenti di tepi jalan akibat kepenatan.
Wanita berkenaan memberitahu tindakannya membuat permintaan tersebut untuk menguji ketahanan, kesabaran serta sejauh mana kejujuran suaminya bagi menikah dengannya.
Selepas kira-kira 10 kilometer lelaki itu mengendong isterinya, wanita itu menyuruh suaminya berhenti dan meminta maaf lalu meminta suaminya menghantarnya semula ke rumah wanita itu untuk melakukan upacara pernikahan dan perkahwinan mereka dilakukan dengan lancar.
Pernikahan lelaki itu dengan matan isterinya agak unik supaya lelaki terbabit dapat menghargai kasih sayang isteri yang suci selain janganlah begitu mudah melepaskan ikatan cinta yang tulus daripada seorang isteri untuk kali kekedua. – nasionalkini.my