in

Perdana Menteri Kemboja letak jawatan selepas 40 tahun memerintah

889190 720
Perdana Menteri Kamboja, Hun Sen

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, seorang daripada pemimpin paling lama berkhidmat di dunia, berkata beliau akan meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada anak sulungnya selepas hampir 40 tahun memerintah.

AFP melaporkan, Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinannya mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum Ahad lalu, memperoleh 82 peratus undi, sekali gus membuka jalan bagi pengganti dinasti kepada anak sulungnya.

Hun Sen dilaporkan akan menyerahkan kuasa kepada anaknya, Hun Manet, 45, dalam beberapa minggu akan datang.

Bekas tentera Khmer Rouge berusia 70 tahun itu yang memerintah sejak 1985 dilaporkan tidak berdepan pertandingan sebenar berikutan parti pembangkang diharamkan, calon pencabar terpaksa melarikan diri dan kebebasan bersuara disekat.

“Saya ingin meminta rakyat untuk memahami kerana saya mengumumkan tidak akan meneruskan lagi sebagai Perdana Menteri,” kata pemimpin berusia 70 tahun itu dalam siaran khas di televisyen negara.

Sepanjang 30 tahun lalu, harapan masyarakat antarabangsa untuk melihat demokrasi berbilang parti di Kemboja hancur disebabkan oleh kuasa besar pemerintahan Hun Sen. – nasionalkini.my

363319235 592581343056367 7648945206942458974 n

Jemaah Menteri setuju naik taraf Majlis Perbandaran Klang jadi bandar raya

WhatsApp Image 2023 07 26 at 5.03.02 PM 2

Menu Rahmah, Jualan Rahmah harap diteruskan – rakyat