in

Lebih 100 nyawa diragut dalam hujan monsun di India

banjir new delhi 1
Penduduk menyelamatkan binatang ternakan selepas hujan lebat berterusandan menyebabkan kediaman mereka dinaiki air.

NEW DELHI, 14 Julai –  Hujan monsun yang berterusan di beberapa negeri  India memaksa sekolah dan kolej ditutup susulan banjir besar sehingga mengorbankan lebih 100 penduduk dalam tempoh dua minggu.

Ketua Menteri Himachal Pradesh, Sukhvinder Singh Sukhu berkata, sekurang-kurangnya 88 orang maut dan 42 daripadanya berlaku dalam tempoh lima hari, manakala 12 lagi dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh.

banjir 2
Penduduk menyelamatkan diri selepas kediaman dan jalan raya musnah akibat hujan lebat yang berterusan sejak dua minggu lalu.

Selain itu, lebih 100 cedera di negeri Himachal Pradesh yang paling teruk dilanda bencana tersebut.

Pihak berkuasa terpaksa menggunakan helikopter untuk menyelamatkan penduduk kebanyakannya pelancong, yang terkandas di kawasan Chandertal di negeri Himachal Pradesh sejak Sabtu.

Sehingga kini lebih 170 rumah runtuh dan 600 lagi sebahagiannya rosak akibat hujan lebat dan tanah runtuh di negeri ini, kata pusat operasi kecemasan negeri.

Kira-kira 20,000 penduduk ditempatkan di pusat perlindungan sementara selepas dipindahkan dari kawasan berhampiran Sungai Yamuna.

Paras air sungai naik secara mendadak minggu ini berikutan pelepasan sejumlah besar air dari benteng Hathnikund oleh negeri jiran Haryana. – Agensi

Ifedayo bantu Kenari belasah KUFC

Kelantan TRW tumbang di laman sendiri