in

50 rantai emas, wang tunai hampir RM1 juta hadiah untuk tunang

Bakal pengantin perempuan dilaporkan menerima kira-kira 50 utas rantai emas dan wang tunai berjumlah kira-kira 5 bilion dong (RM982,888) dalam majlis yang berlangsung Sabtu lalu - Gambar oleh Agensi

HANOI, 1 Jun – Sebuah majlis pertunangan mewah satu pasangan dari Vietnam yang melibatkan hantaran berupa wang tunai serta berpuluh utas rantai emas mendapat perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Thaiger semalam.

Bakal pengantin perempuan dilaporkan menerima kira-kira 50 utas rantai emas dan wang tunai berjumlah kira-kira 5 bilion dong (RM982,888).

Laporan media tempatan menyatakan, majlis pertunangan itu berlangsung Sabtu lalu yang melibatkan seorang lelaki berusia 26 tahun dan tunangnya yang berusia 23 tahun. Mereka dikatakan baru dua bulan menjalinkan hubungan cinta.

Pengantin lelaki mendedahkan dia dan pasangannya masih belum mengira jumlah keseluruhan rantai emas yang diterima tetapi menganggarkan sekitar 50 utas.

Ibu bapa wanita berkenaan menghadiahkan 20 utas rantai leher dan 5 bilion dong secara tunai manakala rantai leher selebihnya dihadiahkan daripada saudara-mara yang lain.

Dia merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang memiliki Ijazah Pengurusan Perniagaan dari sebuah universiti di bandar raya Ho Chi Minh.

Keluarganya memiliki perniagaan motosikal dan hartanah manakala keluarga pengantin lelaki terlibat dalam industri pakaian dan peralatan tempat tidur. – nasionalkini.my

20230601 075015

Langkah kanan perseorangan lelaki di Terbuka Thailand

WhatsApp Image 2023 06 01 at 10.16.42

Serba Dinamik gagal kemuka laporan kewangan lagi selepas ‘kehilangan pekerja’