in ,

Tabung Haji umum agihan keuntungan 3.1% bagi 2022, manfaatkan 8.7 juta pendeposit

agihan 2

KUALA LUMPUR 28 April – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2022 pada kadar 3.1% setelah mengambil kira zakat 2.57%.

Pengagihan ini melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit.

Pengerusi TH, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, TH telah mengambil pendekatan pelaburan yang lebih berhati-hati berlandaskan alokasi aset strategik untuk menghadapi persekitaran yang tidak menentu.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 12.13.42 PM 2
TH telah mengambil pendekatan pelaburan yang lebih berhati-hati berlandaskan alokasi aset strategik untuk menghadapi persekitaran yang tidak menentu

“Alhamdulillah, usaha ini telah membantu dalam penjanaan hasil bagi memastikan kadar agihan yang berpatutan bagi tahun kewangan 2022,” katanya dalam kenyataan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar pada sidang media di TH hari ini.

Agihan keuntungan ini adalah kompetitif mengambil kira antara lainnya kadar agihan bagi 2022 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.34% dan zakat telah dilunaskan bagi pihak pendeposit.

agihan
Pengagihan tersebut melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion dan akan memberi manfaat kepada lebih 8.7 juta pendeposit.

Pengiraan agihan ini adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan yang disimpan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

Secara dasarnya, agihan keuntungan 2022 adalah setelah TH melunaskan zakat sebanyak RM97 juta kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak RM1.27 bilion sehingga kini.

Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023.

WhatsApp Image 2023 04 28 at 12.17.21 PM 1
Pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula pukul 12 tengah hari, Sabtu, 29 April 2023

Ia boleh disemak menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam dan Bank Rakyat dan saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic, CIMB Islamic dan AmBank Islamic.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula pukul 8 malam, Jumaat, 28 April 2023 sehingga jam 12 tengah hari esok bagi melancarkan urusan pengkreditan dilaksanakan. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 04 28 at 8.02.24 AM

Moody’s, S&P beri penarafan A3, A- terhadap Khazanah

kpm logo 1548996183

Henti aktiviti luar bilik darjah jika catat IPU lebih 100