in

Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB

IMG 20230529 204123 6 x 4 inch
Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda - Gambar oleh Teach for Malaysia

KUALA LUMPUR, 29 Mei – Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dilantik Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Pelantikan itu dibuat berikutan persaraan Tun Arifin Zakaria sebagai Pengerusi Kumpulan PNB dan Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) berkuat kuasa 6 Mei lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, lembaga pengarah dan warga PNB berbesar hati mengalu-alukan Raja Arshad ke PNB.

“Kami menantikan kepimpinan beliau seiring pelaksanaan pelan strategik PNB dan memenuhi mandat kami dalam
meningkatkan kekayaan ekonomi masyarakat Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raja Arshad adalah Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad, Icon Offshore Berhad dan Bumi Armada Berhad.

Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan pengarah Maxis Berhad dan Khazanah Nasional Berhad.

Selain bekas Pengerusi Eksekutif PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia dan Pengerusi Pasukan Kepimpinan PwC Asia 7.

Semasa krisis kewangan Asia 1997, Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi Danamodal Nasional Berhad, salah
satu daripada tiga syarikat bertujuan khas ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan krisis.

Di peringkat antarabangsa, Raja Arshad pernah menganggotai Standards Advisory Council kepada International Accounting Standards Board dan ahli Lembaga Global International Financial Reporting Standards (IFRS) PwC.

Beliau berkhidmat sebagai anggota Suruhanjaya Sekuriti semasa ia mula-mula ditubuhkan dan pernah menganggotai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Panel Pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. – nasionalkini.my

IMG 20230529 201607 6 x 4 inch

Penganjur Star Vendors perlu minta maaf – Pemuda UMNO

IMG 20230523 073712 6 x 4 inch

Jam dirampas ada tulisan LGBT pada permukaan jarum