in

Datasonic lantik Tengku Abu Bakar pengerusi eksekutif

IMG 20230726 205849 800 x 500 pixel
Datasonic adalah syarikat penyedia penyelesaian keselamatan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Julai – Datasonic Group Bhd mengumumkan penyusunan semula barisan Lembaga Pengarahnya dengan melantik Tengku Datuk Indera Abu Bakar Ahmad Tengku Tan Sri Abdullah sebagai Pengerusi Eksekutifnya berkuatkuasa hari ini.

Sementara Datuk Abu Hanifah Noordin pula mengambil peranan sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif, kata penyedia penyelesaian keselamatan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada Bursa Malaysia hari ini, lapor BH.

Ia turut mengumumkan perlantikan Ahmad Ridwan Abdullah, 35, sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif.

Datasonic juga mengumumkan Datuk Mohd Khalil Kader Mohd sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan dan Datuk Roseleen Buyong sebagai anggota jawatankuasa itu.

Tengku Abu Bakar Ahmad, 38, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) dari Universiti Swinburne of Technology, Melbourne, Australia telah menjadi Pengerusi Eksekutif di FOMEMA Sdn Bhd, yang mengendalikan sistem saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing di Semenanjung sejak Julai 2016, yang mana beliau menyelia operasi syarikat.

Beliau yang juga menantu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah Pengarah Eksekutif Bookdoc Holdings Bhd yang mengendalikan aplikasi mudah alih menghubungkan pesakit dengan profesional perubatan sejak Mac 2019.

Pada masa ini, beliau ialah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Central Global Bhd, syarikat awam yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd, yang terbabit terutamanya dalam pembuatan dan pembinaan.

Beliau juga adalah Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Wellspire Holdings Bhd, syarikat senaraian awam di Pasaran ACE dengan aktiviti utama termasuk pengedaran dan peruncit dalam talian makanan pembungkusan pengguna.- nasionalkini.my

lhdn 2

Tunggakan cukai: LHDN benar bayaran dilakukan secara ansuran

buku dija

Kaunselor kongsi pengalaman miliki jantung baharu melalui buku The Bionic Woman