in

Ctah minuman tenaga untuk semua

Pengarah Urusan Nasmie Group Sdn Bhd, Muhammad Nasyriq Nawawi yang mengeluarkan minuman tenaga jenama Ctah

Oleh Aqilah Amzar

SHAH ALAM, 10 Oktober – Nasmie Group Sdn Bhd, syarikat pengeluar minuman bertenaga Ctah menyasarkan jualan sehingga 5,000 karton sebulan.

Pengarah Urusannya, Muhammad Nasyriq Nawawi, 32, berkata setiap karton itu mengandungi enam tin minuman.

“Kami yakin sasaran ini boleh dicapai dan sangat realistik.

“Ini berdasarkan sambutan diterima ketika pelancaran minuman jenama Ctah baru-baru ini.

“Minuman Ctah sudah boleh didapati di pasaran pada harga RM2.99 setin,” katanya.

Dia berkata, produk inovatif berperisa citrus itu dijenamakan sebagai Ctah yang merujuk kepada harimau Cheetah yang sangat tangkas bergerak dan diakui paling pantas di dunia.

Katanya, dia melabur kira-kira RM100,000 untuk menghasilkan minuman tenaga itu.

“Kita buat kajian dengan mencuba pelbagai jenis minuman tenaga dari Indonesia dan Thailand, sebelum berani mengeluarkan produk ini.

“Saya melihat jenama Ctah mampu bersaing di pasaran dan boleh mencabar jenama lain yang sudah lama ditawarkan kepada pengguna,” katanya.

Muhammad Nasyriq juga mempelawa orang ramai yang ingin menjadi pengedar minuman Ctah untuk berhubung dengan pihaknya.

Katanya, usaha juga sedang dijalankan pihaknya untuk membawa jenama Ctah melalui kerjasama dengan rakan kongsi di luar negara.- nasionalkini.my

Agong berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90

Sentimen kenegerian punca BN gagal kuasai undi FELDA