in , ,

Bot PATI karam: Tiga lagi mayat wanita ditemukan

MALAYSIA INDONESIA BOAT 1778650232
Pasukan Maritim Malaysia menjalankan operasi mengesan mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor. Foto fail ihsan Maritim Malaysia

LUMUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pendatang tanpa izin (PATI) yang karam di perairan Pulau Pangkor masuk hari ketiga dengan penemuan tiga lagi mayat wanita warga Indonesia, petang semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Deputi Superintendan Mazre Che Mahmod berkata, ketiga-tiga mayat ditemukan oleh aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sri Indera Sakti, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 6 petang.

“Setakat ini, jumlah keseluruhan mangsa yang ditemukan adalah seramai 30 orang, merangkumi 23 mangsa yang berjaya diselamatkan pada hari pertama dan tujuh mangsa yang ditemukan maut setakat ini.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti ketiga-tiga mangsa terbaharu itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mazre, operasi SAR kini difokuskan untuk mengesan baki tujuh lagi mangsa yang masih hilang dengan membabitkan kolaborasi aset daripada PPM, TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Bot yang dipercayai membawa 37 PATI itu dikendalikan kru warga Myanmar dan dilaporkan bertolak dari Kisaran, Indonesia pada 9 Mei lalu sebelum karam pada Isnin.

3519379

Pahang perkenal garis panduan rumah ibadat bukan Islam

bhgunung132 1778652625

Tengku Hassanal cipta sejarah tawan puncak Kinabalu