in ,

Touch Me tawar pakej umrah Lantik Maulana Helmi sebagai duta

7f546de3 d1f9 44ac a115 82e16d08bcaf

KUANTAN 7 November 2025 – Selepas kira-kira lapan bulan memfokuskan kepada usaha pengukuhan semula jenama, Touch Me Travel & Tours (Touch Me) mula mengorak langkah dengan menawarkan pakej umrah kepada pelanggan mereka.

Walaupun mempunyai pengalaman hampir 20 tahun sebagai syarikat yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan dalam dan luar negara, pembabitan syarikat itu dalam menyediakan pakej umrah pada harga kompetitif masih belum teruji sepenuhnya.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Touch Me, Hajah Zuriati Hassan berkata, idea untuk menawarkan pakej umrah itu timbul selepas beliau kembali dari Tanah Suci, tahun lalu.

“Saya menyertai Touch Me sekitar bulan Oktober 2023 dan sebaik bersama syarikat ini, kita mengambil banyak masa untuk menstrukturkan semula model perniagaan sedia ada.

“Kebetulan semasa saya mula-mula bersama Touch Me, saya baru balik daripada menunaikan umrah dan dari situ saya terfikir, kenapa kita tidak ceburi bidang ini, menawarkan pakej umrah kepada pelanggan.

“Jadi, kami mulakan semuanya dari bawah… mengemukakan permohonan lesen pengendali umrah daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan dan permohonan itu mendapat kelulusan,” katanya ketika ditemui di pejabat Touch Me di Indera Mahkota, hari ini.

Terdahulu, pihak Touch Me menandatangani perjanjian persefahaman bersama Maulana Dato’ Wan Helmi Wan Mohamed atau lebih dikenali dengan panggilan Maulana Helmi.

Menerusi perjanjian itu, Maulana Helmi dilantik sebagai Duta Touch Me bagi mempromosikan pakej umrah ditawarkan syarikat itu.

Ditanya mengenai pakej umrah ditawarkan Touch Me, Zuriati memberitahu, terdapat dua pakej utama disediakan pihaknya.

“Kita ada pakej Umrah Selesa yang bermula pada harga RM7,850 untuk sembilan hari dan tujuh malam.

“Selain itu, kita juga menyediakan pakej Umrah Safwa bermula RM9,750 (12 hari dan 10 malam), selain pakej umrah khas ketika bulan Ramadan.

“Untuk pakej ini (Ramadan), kita bermula dengan harga RM9,290 (12 hari, 10 malam) dan bermula RM13,450 (untuk tempoh 30 hari) di Tanah Suci,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, semua pakej ditawarkan Touch Me, menyediakan diskaun RM2,000 bagi bayi berusia dua tahun ke bawah.

Katanya, syarikat itu juga bercadang untuk memohon lesen pengendali haji daripada Tabung Haji dalam masa terdekat.

“Tahun ini mungkin dah tak sempat, tapi Insya-Allah… kita memang ke arah itu dan jika semua perancangan berjalan dengan baik, insy-Allah tahun 2027 kita juga boleh mengendalikan pakej Haji,” tambahnya.

papercuttingcadgqwq2025 1761393757

‘Macam tak percaya bila dapat tahu bukan dua, tapi tiga’