in

DVS nafi bekalan ayam kurang

IMG 20230815 082550 800 x 500 pixel
Gambar hiasan

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang.

Ini susulan dakwaan berlaku kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan media hari ini, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon agar orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik – pembekal’ disiarkan semalam.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.- nasionalkini.my

IMG 20230807 180911 800 x 500 pixel

Dua suspek ‘makan suap’ RM200,000 ditahan

IMG 20230816 232721 800 x 500 pixel

Penduduk lari dikepung kongsi gelap