in

Bakat luar biasa di usia muda

IMG 20230728 220543 800 x 500 pixel
Fatimah Az Zahra Nazman menunjukkan antara lukisan potret yang dihasilkannya

Oleh Aimy Maisarah

WALAUPUN baharu berusia 10 tahun, Fatimah Az Zahra Nazman sudah mampu menghasilkan lukisan potret bagaikan profesional.

Minat dalam bidang itu juga membolehkan Fatimah Az Zahra menghabiskan masa kira-kira tiga hingga lima jam sehari untuk melukis.

Menurut ibunya, Nor Alina Md Supian, 43, bakat anak sulung daripada tiga beradik itu mula dikesan ketika dia berusia dua tahun apabila contengannya mempunyai maksud dan gambaran yang jelas.

Sejak itu katanya, dia dan suami mula membelikan peralatan lukisan dan menggalakkan Fatimah melukis gambar disukai.

Antara subjek lukisan paling digemari adalah haiwan dan potret.

“Kami berusaha mengasah bakatnya sejak awal supaya ia dapat berkembang dan dia boleh menjadi pelukis profesional memandangkan itu cita-citanya sejak dulu,” katanya.

Lebih membanggakan, pada usia semuda itu, Fatimah sudah menghasilkan lukisan potret tokoh pemimpin negara seperti bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nor Alina memberitahu, bakat anaknya mungkin diwarisi daripada datuknya, Allahyarham Yahya Hasan yang merupakan seorang arkitek.

“Setakat ini hasil seninya menerima tempahan daripada keluarga terdekat dan rakan-rakan.

“Biasanya lukisan akan siap dalam masa sebulan, tetapi bergantung kepada saiz gambar yang mereka tempah,” katanya.- nasionalkini.my

IMG 20230729 010200 800 x 500 pixel

Kelantan United kongsi mata dengan PDRM

IMG 20230615 093923 800 x 500 pixel

Musim tabur janji bermula