in

Terengganu Inc diiktiraf ‘Majikan Prihatin’

IMG 20230712 163448 800 x 500 pixel
pengiktirafan itu disampaikan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar bersempena karnival kerjaya 'MyfutureJobs' peringkat negeri yang berlangsung pada 6 hingga 8 Julai lalu di KTCC Mall - Gambar oleh Terengganu Inc

Oleh Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 12 Julai – Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Inc menerima pengiktirafan ‘Majikan Prihatin’ berikutan polisi mereka mengambil 100 peratus warga tempatan sebagai pekerja.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, pengiktirafan itu disampaikan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar bersempena karnival kerjaya ‘MyfutureJobs’ peringkat negeri yang berlangsung pada 6 hingga 8 Julai lalu di KTCC Mall, dekat sini.

“Dalam menyokong agenda modal insan, Terengganu Inc sangat komited memperkasakan tenaga kerja tempatan bagi memakmurkan dan membangunkan komuniti di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Terengganu Inc sebagai syarikat induk pelaburan strategik kerajaan negeri akan terus menggembleng tenaga dan sumber dengan kerjasama sektor awam dan swasta untuk merancakkan ekonomi di negeri berkenaan.- nasionalkini.my

IMG 20230706 104146 800 x 500 pixel

Suspek tikam polis sudah diberkas

IMG 20230712 174023 800 x 500 pixel

Jimat belanja hingga 30 peratus di Jualan Ehsan Rahmah