in

Kerja keras Geng Plastik Ija (GPI) berbaloi kini terima penghargaan antarabangsa

WhatsApp Image 2023 06 30 at 10.46.09 PM
Sukarelawan Geng Plasti Ijau bergambar kenangan selepas menyertai aktiviti gotong royong mengutip sampah di sebuah pantai di Terengganu.

Oleh: Mohammad Ishak

KUALA TERENGGANU, 30 Jun –  Penat lelah Geng Plastik Ija (GPI) mengadakan program ‘kutip sampah’ saban minggu bersama agensi-agensi kerajaan, sekolah dan swasta akhirnya membuahkan hasil apabila menerima penghargaan di peringkat antarabangsa.

Ketua GPI Kuala Terengganu, Dr Mohd Ariff Hafizi Fouzi berkata, pihaknya tidak menyangka usaha yang dilakukan secara sukarela selama ini dipandang dan akhirnya dihargai.

Ia bermula apabila GPI terpilih mewakili Malaysia mengetuai program pembersihan ‘Plogging Bersama AKRAB KPWKM Bersama Geng Plastik Ija dan IPPTAR ‘ sempena  International Symposium Global Trade of Solid Waste. 

GPI
Geng Plastik Ija sedang menjalankan kerja gotong royong membersih pantai

Lebih menarik, simposium antarabangsa tersebut turut  melibatkan pelajar-pelajar sekolah di negara USA, Malaysia, Mexico, Ecuador dan Jepun.

Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) juga berpeluang menyertai simposium berkenaan dan mewakili sekolah di Malaysia.

 Malah, program tersebut juga mendapat kerjasama Cafeteria Culture yang berpangkalan di New York serta pasukan AKRAB LPPKN, Kementerian Wanita, Keluarga dan masyarakat, CIMB Bank Kuala Terengganu, Green Ranger UMT, dan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur.

Geng Plastik Ijau (GPI) ditubuhkan pada 2017 dengan menjalankan aktiviti menghimpunkan sampah secara suka-suka, mendapat sambutan komuniti setempat  menyebabkan pihaknya amengambil keputusan untuk mendaftar sebagai NGO yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ketika ini GPI mempunyai beberapa cawangan di seluruh Terengganu dengan keahlian lebih 500 orang.

Dr Mohd Ariff berkata, bukan mudah untuk mengajak orang ramai menjalankan aktiviti mengutip sampah kerana ramai yang bersikap malu-malu,tambahan pula ia kerja tanpa mendapat imbuhan dan upah.

Aktiviti utama GPI kini adalah mengutip sampah sarap terutama di lokasi yang menjadi tumpuan pelancong termasuk persisiran pantai, pulau, gunung dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. – nasionalkini.my

varkey

Pensyarah dipecat kerana mengajar sistem pembiakan didakwa melampaui batas kebebasan akademik

IMG 20230618 102803 800 x 500 pixel

Jumpa bom di Taman Polo