in

Perpindahan Rice tertangguh

IMG 20230630 092331 800 x 500 pixel
Pemain skuad kebangsaan England dan West Ham United, Declan Rice - Gambar oleh Agensi

LONDON, 30 Jun – West Ham United masih menanti Arsenal berkompromi mengenai cadangan bayaran ansuran £105 juta (RM619 juta) terhadap Declan Rice.

Sumber terdekat dengan perjanjian itu memberitahu Agensi “semuanya kini bergantung kepada Arsenal.”

The Gunners bersetuju secara prinsip pada Rabu untuk menandatangani Rice, 24, dengan rekod bayaran perpindahan antara dua kelab Britain – £100 juta (RM589 juta) selain tambahan £5 juta (RM29.4 juta).

Bagaimanapun, ketika terma peribadi turut dipersetujui, rundingan perpindahan itu masih diteruskan mengenai struktur bayaran pendahuluan £100 juta.

Declan Rice dijadualkan menyertai Arsenal untuk musim 2023/2024 – Gambar oleh AFP

Lembaga pengarah Hammers mahukan ia selesai dibayar pada awal 2025, manakala Arsenal memilih untuk membayar secara ansuran dalam tempoh lima tahun.

Ia dijangka tidak menjadi isu yang akan menangguhkan perpindahan itu dan satu persetujuan dikatakan “amat hampir.”

Namun West Ham masih berharap permintaan mereka dapat ditunaikan.

Kedua-dua bos Arsenal, Mikel Arteta dan Rice agak terdesak untuk melengkapkan perjanjian itu secepat mungkin dengan ujian perubatan akan diatur sebaik mereka mendapat lampu hijau.

Arteta turut mahu urusan mengenai perpindahan Rice diselesaikan sebelum jelajah pramusim Arsenal ke Amerika Syarikat bulan depan. – nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

IMG 20230624 084202 800 x 500 pixel

Tukar kampit beras untuk kaut untung

IMG 20230630 094536 800 x 500 pixel

Agong zahir harapan hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi terus kukuh