in ,

Cubaan seludup 18 tan beras bernilai RM100,000 dari Singapura gagal

IMG 20230628 WA0048
Maqis menggagalkan cubaan menyeludup masuk 18 tan beras dari Singapura di Tambak Johor.

OLEH Luth Adwa

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Cubaan pihak tidak bertanggungjawab menyeludup 18 tan beras dianggarkan bernilai RM100,000 dari Singapura di laluan import kargo, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini berjaya digagalkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pada 22 Jun lalu.

Difahamkan muatan itu dibawa oleh sebuah lori dan pemeriksaan dilakukan pada pukul 3 petang dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Jurucakap Maqis berkata, dalam pemeriksaan itu, jabatan itu menahan sebuah lori yang membawa 20 ‘jumbo bag’ mengandungi beras dengan anggaran berat 18 tan.

“Pemeriksaan dibuat mendapati tiada sebarang dokumen bagi mengimport dagangan tersebut di BSI.

“Pemeriksaan lanjut oleh pegawai Maqis mendapati barangan itu cuba dibawa masuk dengan pengikraran menggunakan maklumat barangan lain untuk mengelirukan pegawai penguatkuasa di pintu masuk negara,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu lori yang merupakan lelaki warganegara tempatan berusia 30-an diambil keterangan bagi membantu siasatan. – nasionalkini.my

IMG 20230628 WA0047

Maklum polis jika mahu anjur perhimpunan sebelum tempoh penamaan calon

IMG 20230628 WA0049

Kakak hamil dan adik angkat perempuan didakwa curi duit tabung surau