in

Maklum polis jika mahu anjur perhimpunan sebelum tempoh penamaan calon

IMG 20230628 WA0047
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh

OLEH Aimi Isma

ALOR SETAR, 28 Jun – Mana-mana pihak yang ingin menganjurkan sebarang perhimpunan sebelum tempoh penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), perlu memaklumkan kepada pihak polis dalam tempoh lima hari sebelum tarikh perhimpunan diadakan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pemohonan pemakluman itu boleh dibuat kepada Ketua Polis Daerah (KPD) sama ada secara pos berdaftar akuan terima, kiriman cepat atau serahan tangan.

“Sebarang perhimpunan adalah masih tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 (Akta 736) dan mana-mana pihak yang gagal berbuat demikian telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 9(5) akta yang sama.

“Pemakluman itu perlu bagi membolehkan pihak polis memantau dan menjaga keselamatan mereka yang menghadiri perhimpunan yang dianjurkan dan saya berharap semua pihak tidak menyentuh aspek ‘3R’ iaitu Agama (religion), Raja (royal) dan Kaum (race) kerana ia sensitif,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Dalam pada itu, Fisol berkata seramai 4,794 pegawai dan anggota polis pelbagai pangkat akan ditugaskan sepanjang penugasan PRN Kedah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman rakyat negeri itu terjaga.

“Polis Kedah telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi tiga fasa penugasan PRN iaitu penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pembuangan undi. Kita juga akan menerima bantuan petugas dari Bukit Aman, Sukarelawan Simpanan Polis (SSPDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Kerjasama rapat dengan semua agensi terutamanya SPR juga dijalankan bagi memastikan proses pemilihan demokrasi di Kedah berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. – nasionalkini.my

IMG 20230628 130939 800 x 500 pixel

3 sekeluarga nyaris maut langgar kerbau

IMG 20230628 WA0048

Cubaan seludup 18 tan beras bernilai RM100,000 dari Singapura gagal