in

Puasa didik hati lebih prihatin

IMG 20240326 154038 800 x 500 pixel
Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 26 Mac – Ibadat puasa sepanjang Ramadan adalah proses pembersihan diri dan jiwa.

Selain itu, puasa juga mendidik hati lebih peka terhadap kesukaran dihadapi orang lain, terutama jiran sekeliling kita.

Itu antara tazkirah Ramadan disampaikan ustaz Nizam yang dijemput khusus pada majlis berbuka puasa anjuran PKR Ranting Taman Datuk Rashid, dekat sini.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

Majlis dihadiri Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail serta ADUN Semambu, CK Chan.

Zuraidi melalui perkongsian di laman sosial Facebook miliknya berkata, tazkirah Ramadan itu sangat bertepatan dengan konsep kesederhanaan dan rendah diri diamalkan pimpinan PKR Indera Mahkota.

“Menjadi harapan kita semua agar ibadat puasa kali ini mendapat keberkatan daripada-Nya dan mendekatkan lagi kita dengan Allah,” katanya.– nasionalkini.my

IMG 20240325 120107 800 x 500 pixel

Kenali puasa paling disukai Allah

IMG 20240326 152929 800 x 500 pixel

Cadang tubuh RCI beras tempatan