KUANTAN, 20 Mac – Pejabat ADUN Semambu bersama PKR Indera Mahkota mengambil peluang keberkatan Ramadan dengan mengagihkan kurma kepada peniaga dan pengunjung pasar malam di Indera Mahkota 1, dekat sini.
Agihan itu dilakukan ADUN Semambu, CK Chan dibantu Ketua Cabang Indera Mahkota, Zuraidi Ismail serta rakan-rakan PKR Cabang itu.
“Jutaan terima kasih kepada ahli Keadilan yang hadir menjayakan program ini.
“Selamat menunaikan ibadat puasa dan selamat berbuka,” tulis Zuraidi dalam satu hantaran di Facebook.– nasionalkini.my