in

Rombak sistem pemerolehan aset pertahanan negara

anwar 329435962 3095282504103743 3928550737735609876n 20230329134342 facebook@anwar ibrahim
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mahu supaya sistem pemerolehan aset pertahanan negara perlu dirombak bagi memastikan proses itu dilaksanakan secara lebih telus

Berita Hatia melaporkan, Anwar Ibrahim berkata, sistem pemerolehan aset pertahanan negara tidak lagi boleh diuruskan oleh pihak luar, sebaliknya diputuskan sendiri oleh tentera.

“Walaupun tahun ini saya tekankan soal kelengkapan tentera, jadi kita anjurkan kepada pimpinan supaya sistem perolehan pertahanan negara mesti dirombak. Tidak boleh lagi campur tangan pihak luar.

“Ketua Turus (Angkatan Tentera Malaysia (ATM)) dipertanggungjawabkan pilih yang terbaik. Kapal perang, pesawat, ‘tank’ dan kelengkapan lain mesti yang terbaik. Tak perlu lagi mengulangi kerenah terdahulu, merompak melalui komisyen,” katanya.

Beliau berkata, soal pertahanan negara, kesiapsiagaan dan kelengkapan pertahanan seharusnya selaras, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan geopolitik serta strategik negara.

Beliau berkata demikian berucap pada Program Pemerkasaan Usahawan Vateran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.

2286785

“Saya tidak pernah dapat hadiah semewah ini” – Bell Ngasri

364749474 849385439879412 3614672073826616611 n

Kembara Mahkota Johor (KMJ) membuka tirai Ogos ini