in ,

Penternak lembu dipenjara 32 tahun, tetak penjual daging hingga mati

jel 1690443511
Shahril Tamsir, 50 dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi selepas dijatuhi hukuman penjara 32 tahun kerana membunuh penjual daging. - Gambar BH

MUAR, 27 Julai – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun ke atas seorang penternak lembu selepas didapati bersalah membunuh penjual daging dengan menetak leher mangsa menggunakan parang di sebuah premis di Labis, Segamat, enam tahun lalu.

Hakim Datuk Halijah Abbas menjatuhkan hukuman itu selepas mahkamah mendapati tertuduh, Shahril Tamsir, 50, disabitkan kesalahan kerana membunuh Ahmad Radzi Jamaludin, yang berusia 40 tahun ketika kejadian berlaku.

BH melaporkan mengikut fakta kes, tertuduh didakwa menetak menggunakan parang kerana mengesyaki Ahmad Radzi mencuri lembu peliharaannya.

Pada hari kejadian, tertuduh yang menunggang motosikal berhenti berdekatan gerai menjual daging milik mangsa di Jalan Ubi, FELDA Chemplak, Labis, sebelum mengambil parang dan menetak lehernya dalam kejadian jam 7.30 pagi.

Tetakan itu terkena satu daripada tangan mangsa hingga terkulai, manakala lehernya pula parah.

Orang awam yang melihat kejadian itu membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Labis untuk mendapatkan rawatan, tetapi dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syamilah Jalaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam Lydiana Mansor.

Mahkamah juga mengarahkan hukuman penjara dikenakan terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Ogos 2017. – nasionalkini.my

363327726 818402263183631 1182361343066150910 n

Kerajaan Perpaduan bantu rakyat miliki rumah pertama

363342084 695190612647762 684272104045663338 n

101 pelajar cemerlang terima manfaat Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang