in

NST rangkul hadiah Kajai, cemerlang beberapa kategori HKM MPI-PETRONAS 2022

mpi 2 2022
Petugas syarikat media bergambar bersama pada Malam Wartawan Malaysia 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur, malam ini.

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) merangkul hadiah utama dan turut cemerlang dalam beberapa kategori Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-PETRONAS 2022 yang diumumkan, malam ini.

Penolong Pengarang Berita Harian Metro (HM), Yusmizal Dolah Aling, 41, merangkul hadiah utama, Hadiah Kajai menerusi siri laporannya bertajuk ‘Terima Kasih Laoshi’, ‘Hadiah Raya Paling Bermakna’, ‘Rohana Abdullah kini warga Malaysia’ dan ‘Sanjung Budi Laoshi’.

Kemenangan itu melayakkan beliau membawa pulang hadiah RM30,000, sijil dan trofi.

Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Abd Karim pula menang emas Kategori Laporan Berita Cemerlang dengan laporan bertajuk ;Mossad Behind KL Abduction’ dan ‘Smoking Out Spooks’.

Kategori sama, wartawan Berita Harian (BH), Mohd Abdul Illah Hafiz Abdul Aziz menang gangsa hasil laporan bertajuk ‘Hanya 33 Peratus Inisiatif Pelan Antirasuah Dicapai’ dan jurugambar BH, Mohammad Asyraf Hamzah menang gangsa Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang.

Selain NSTP, Kumpulan Media Prima Berhad (Media Prima) melalui TV3 turut cemerlang dalam Kategori Dokumentari Video Terbaik dengan meraih emas menerusi laporan ‘Tragedi Batang Kali’ dihasilkan Christine Lee Mei Chin dan Mohd Zahril Abdullah

anugerah kewartawanan
Pemenang Kosmo! dan Utusan Malaysia pada Malam Wartawan Malaysia 2023 di Hotel Majestic Kuala Lumpur, malam ini. Foto: Utusan Malaysia

Tidak ketinggalan akhbar Utusan Malaysia  bawah kendalian syarikat Media Mulia Sdn. Bhd. (Media Mulia) berjaya menggondol tiga kategori utama.

Penolong Ketua Kreatif Utusan Malaysia, Mohamad Sany Misnan dinobatkan Pemenang Emas bagi kategori Infografik Terbaik menerusi karya bertajuk ‘Bakal Pupus’ yang membawa pulang wang tunai RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Bagi kategori Laporan Berita Cemerlang, Wartawan Eksekutif Utusan Malaysia, Fahmi Faiz pula merangkul Pemenang Perak dengan berita bertajuk ‘Kartel Kawal Harga Ayam’ dan membawa pulang wang tunai RM1,500 beserta sijil.

Sementara itu, akhbar Kosmo! diangkat sebagai Pemenang Gangsa dalam kategori Infografik Terbaik melalui karya bertajuk ‘8 Pandemik Terburuk Landa Dunia’ menerusi Penolong Ketua Kreatifnya, Arma Rizal Abu Bakar.

HKM MPI-PETRONAS 2022 yang berlangsung meriah di Hotel Majectic  turut menobatkan Pengarah Urusan Borneo Post, Utusan Borneo, See Hua Daily News dan Oriental Daily, Datuk Henry Lau Lee Kong sebagai Tokoh Media Negara, manakala Pengarah Eksekutif New Sarawak Tribune, James Alexander Ritchie menerima Anugerah Khas. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan hadiah pada majlis turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta timbalannya, Teo Nie Ching dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 09 at 10.15.10 PM

Dr Ahmad Idham tubuh PRISMA untuk Anak Istimewa

2223386

Penyu ‘lemas’ di laman sendiri