in

Menu Rahmah, Jualan Rahmah harap diteruskan – rakyat

WhatsApp Image 2023 07 26 at 5.03.02 PM 2
Orang ramai beratur untuk membeli barang pada Jualan Ehsan Rahmah yang diadakan di Balai Raya Sri Taman Baru, Tasik Tambahan Ampang pagi tadi.

KUALA LUMPUR 26 Julai – Inisiatif Payung Rahmah yang diperjuangkan oleh Allahyarham Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub diharapkan dapat diteruskan.

Inisiatif yang bermula dengan Menu Rahmah pada awalnya, bagaimanapun terus mendapat sambutan yang baik daripada pihak industri dengan mewujudkan pelbagai insiatif lain termasuk Jualan Ehsan Rahmah, Baju Raya Rahmah dan Bazar Ramadan Rahmah.

Rata-rata orang ramai yang ditemui di Jualan Ehsan Rahmah di Balai Raya Sri Taman Baru, Tasik Tambahan Ampang bersyukur dengan manfaat yang diterima meraka sejak ia diperkenalkan bermula Januari lalu.

WhatsApp Image 2023 07 26 at 5.03.01 PM 1
Menu Rahmah, Jualan Rahmah harap diteruskan - rakyat 5

Pesara, Azlan Darus berkata, inisiatif itu tidak seharusnya dihentikan buat masa ini bagi memastikan ia terus memberi manfaat kepada orang yang memerlukan terutamanya mereka berdepan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar.

“Kita lihat apa sahaja inisiatif yang berbentuk ‘Rahmah’ ini diteruskan walaupun Allahyarham sudah meninggal, sebabnya orang yang kurang berkemampuan masih ada. Ini merupakan usaha untuk misi sifar kemiskinan,” ujarnya.

Menurut suri rumah, Atikah Hamid pula berharap agar mereka yang menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas ini dapat menambahkan lagi keperluan asas lain dalam program jualan ehsan rahmah ini antaranya termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan.

WhatsApp Image 2023 07 26 at 5.03.02 PM 1
Atikah Hamid

“Saya harap lepas ini adalah jual buah atau sayur-sayuran lainlah sebabnya sekarang pun dijual dengan harga yang agak mahal,” katanya.

Senada yang sama peniaga, Abdul Rashid Ghaffar yang menyifatkan barangan yang dijual boleh dipelbagaikan dengan bahan asas lain termasuk memperbanyakkan lokasi bagi memberi pilihan kepada orang ramai memastikan ia terus relevan pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2023 07 26 at 5.03.02 PM
Abdul Rashid Ghaffar

“Saya harap dipelbagaikan bahan asas lain supaya lepas ini tidaklah ada barang yang sama sahaja, sebab ini adalah inisiatif Datuk Seri Sallahuddin yang dilihat sememangnya membantu rakyat seperti saya,” ujarnya.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup memaklumkan lebih sejuta rakyat negara ini menikmati manfaat pelbagai inisiatif di bawah Payung Rahmah sejak ia diperkenalkan. – nasionalkini.my

889190 720

Perdana Menteri Kemboja letak jawatan selepas 40 tahun memerintah

ular kanak kanak

Bomba sahkan kanak-kanak selamat selepas berdepan detik cemas ular senduk susur bawah badan