in

Kerajaan mulakan perbincangan untuk serahkan semula aset TH

tabung haji resize

 

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Kerajaan akan memulakan perbincangan untuk menyerahkan semula sebahagian aset Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipindahkan kepada Syarikat Bertujuan Khas (SPV) pada 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan awal serta melihat TH kembali diurus dengan baik, peningkatan keyakinan pendeposit, serta pengurusan cekap dan berintegiriti oleh kepimpinan baharu institusi pengurusan haji negara itu.

Katanya, beliau juga berpuas hati dengan masalah pengurusan dan tata kelola TH selepas bergelut dengan isu kepincangan sejak 2015.

“Setelah meneliti perkembangan dan bincang dengan Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Pengerusi Lembaga TH, Tan Sri Azman Mokhtar, saya telah beritahu daripada awal bahawa sebaik sahaja TH diurus dengan baik, maka MOF akan memulakan perbincangan supaya menyerahkan semua aset yang dipegang SPV.

“Ini juga untuk mematikan fitnah kepada Menteri Kewangan ketika itu kononnya sudah memindahkan aset ini kepada bukan Islam,” katanya pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini.

Disember 2018, TH memindahkan aset yang tidak menguntungkan kira-kira RM19.9 bilion kepada SPV sebagai langkah untuk memantapkan kedudukan kewangannya.

Aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Katanya, MOF telah diarahkan untuk berbincang dengan pihak yang berkenaan supaya pemindahan aset tersebut dapat dilaksanakan.

“(Kerajaan akan serah) semua aset. Kita dah mula dan arah berbincang, mungkin diambil secara berperingkat untuk pastikan pemulangannya itu baik. – nasionalkini.my

IMG 1352

“Agong dah balik, jalan di Sabah kembali rosak”

Agong berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90