KUANTAN, 15 Ogos – Keputusan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, Sabtu lalu yang dibuat oleh pengundi khasnya Melayu dan sebilangan pengundi bukan Melayu jelas membuktikan penolakan kepada kerajaan Persekutuan.
Isyarat tersebut sewajarnya disambut oleh semua kepimpinan parti untuk menilai semula keiginan pengundi Melayu, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar.
“Peluang untuk memposisikan semula kuasa Melayu-Islam di negara ini terbuka luas berdasarkan keputusan PRN baru-baru ini.
“UMNO kini boleh menjadi ‘king maker’ menentukan kedudukan kuasa Melayu atau sebaliknya,” katanya dalma kenyataan.
Justeru, PAS Pahang menyeru pimpinan UMNO di negeri mampu memposisikan kuasa dan kedaulatan Melayu-Islam dengan menyambut gelombang dan isyarat rakyat ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur itu menjelaskan suara akar umbi UMNO juga menyeru agar parti itu kembali ke landasan asal perjuangan Melayu jelas kelihatan hasil keputusan PRN. – nasionalkini.my


