in ,

Budak 10 tahun mati lemas di Pantai Senangin

2285262
Anggota penyelamat membawa jenazah mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak

MANJUNG, 30 Julai – Keriangan sebuah keluarga mandi laut berakhir tragedi apabila seorang ahli keluarga mereka iaitu kanak-kanak berusia 10 tahun maut akibat lemas di Teluk Senangin di sini, hari ini.

Sinar Harian melaporkan, mangsa, Muhammad Faris Irfan ditemui pada jam 8.20 pagi dalam jarak dua batu nautika dari pantai selepas hilang sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Mohd Akmal Hussin berkata, operasi pencarian dilakukan sejak semalam selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 3.19 petang.

Menurutnya, maklumat berkaitan kejadian diterima daripada orang awam menyatakan kanak-kanak tersebut hilang di kawasan pantai berkenaan ketika beriadah bersama ahli keluarga.

“Mangsa dijumpai dalam keadaan berpakaian pada jarak dua batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang oleh nelayan berhampiran Tanjung Hantu dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Akmal berkata, operasi menyelamat bermula 3.30 petang, Sabtu dengan pencarian dilakukan secara permukaan di kawasan pantai Teluk Senangin. – nasionalkini.my

PST 2

Uniknya Pekan Sehari Temerloh, tawar pelbagai jenis ikan sungai

fbimage

Pemberian geran Kerajaan bukan rasuah – SPRM